KEUSAHAWANAN - Stokis MAMADIL
Nama : Sofiah Bt Said |
Umur : 39 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Puan sofiah telah menjalankan perniagaan produk MAMADIL sejak 3 tahun yang lepas. Bermula sebagai agen kecil-kecilan, dan hanya tertumpu kepada 1 jenis produk sahaja iaitu susu Rizqi daripada MAMADIL. Produk yeng dijual adalah kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300-RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sebanya 15-30 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau juga telah bertambah dan terdiri daripada pelanggan dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Kini, Puan Sofiah juga telah menambah produk jualan beliau mengikut permintaan pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
KEUSAHAWANAN - Ternakan Anak Ayam Kampung
Nama : Nik Azhar Bin Nik Aziz |
Umur : 30 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
En. Nik Azhar telah memulakan ternakan anak ayam kampung asli selama 2 tahun yang lalu. Beliau telah menjual anak ayam kampungnya di kedai-kedai haiwan ternakan sekitar Jengka sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sebulan. Jumlah anak ayam yang dihasilkan juga adalah sekitar 200 ekor sebulan. Pelanggan bulanan adalah terdiri daripada 3 buah kedai haiwan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk ternakan beliau melalui facebook page tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
KEUSAHAWANAN - Bekam & Minyak Herba
Nama : Siti Salma Bt Kassim |
Umur : 30 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Cik Siti Salma, merupakan salah seorang petugas PI1M dan menjalankan perkhidmatan bekam Sunnah dan urutan tradisional sejak awal tahun 2016. Beliau juga sedang berjinak-jinak dalam menghasilkan produk rawatan tradisional sendiri iaitu minyak anti-stress dan ubatan tradisional berasaskan herba dan akar kayu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan bekam beliau melalui mulut kemulut dan aplikasi wassap sahaja. Pelanggan beliau hanya terdiri daripada penduduk sekitar Felda Jengka 6 sahaja. Pendapatan melalui hasil perkhidmatan beliau juga hanya sekadar Rm250-Rm300 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mendapatkan latihan asas keusahawanan didalam modul INTEL yang diberikan oleh Pengurus beliau, beliau kini telah mempunyai idea perniagaan sendiri dimana beliau telah berupaya untuk mencipta logo perniagaan dan membuat promosi di laman facebook dengan lebih giat lagi. Beliau juga telah berjaya memiliki sijil bekam .
KEUSAHAWANAN - Ice-Cream Homemade
Nama : Siti Nazirah Bt Abu Bakar |
Umur : 29 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Pn. Nazirah telah menjual kain tudung dan perfume sejak dari tahun 2015 lagi. Beliau menjalankan perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga. Bermula tahun ini, beliau mula menghasilkan produk sendiri iaitu aiskrim dan dijual kepada kanak-kanak di hadapan sekolah dan taman permainan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau melalui hasil perniagaan sahaja hanya sekitar Rm300 – Rm500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual dan jumlah pelanggan juga tidak begitu memberansangkan iaitu sebanyak 20-30 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah mempunyai idea untuk mempromosikan barangan jualan di facebook dan aplikasi wassapp. Kini, beliau telah mempunyai pelanggan dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui barangan jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-Rm3000 sebulan.
CELIT IT - Che Azmah Binti Yahya
Nama : Che Azmah Binti Yahya |
Umur : 51 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Puan Azmah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Berumur 51 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Beliau merupakan anak peneroka Felda Jengka 6 dan telah menetap di Felda Jengka 6 selama 9 tahun sejak 2007.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Buta IT dan tidak tahu menggunakan teknologi terkini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Azmah mula mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 6 selepas mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Tujuan beliau adalah untuk membuat surat rayuan mengerjakan haji untuk suami kerana beliau memerlukan mahram untuk mengerjakan ibadah haji tersebut. Setelah mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI1M, beliau boleh menaip menggunakan computer dan membuat surat sendiri. Pn.Azmah juga sedar akan kepentingan internet dalam kehidupan pada masa kini kerana ianya telah memudahkan beliau menghantar emel surat rayuan ke pejabat HQ tabung haji dengan cepat dan mudah sekali. Ternyata internet sangat memudahkan urusan beliau. Pn.Azmah mula mempelajari serba sedikit cara penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Beliau telah membeli sebuah telefon pintar untuk memudahkan beliau mendapatkan capaian internet dan boleh dibawa kemana sahaja. Beliau juga mula belajar menggunakan aplikasi wassapp massanger kerana ianya mudah digunakan dan mesra pengguna. Dengan aplikasi ini, beliau dapat berhubung dengan anak-anak dan menghantar gambar kepada mereka ketika berada di tanah suci Mekah. Selain daripada itu, beliau juga dapat membuat pangilan telefon kepada keluarga di Malaysia dengan mudah menggunakan aplikasi ini.