FELDA JENGKA 6

 Felda Jengka 6 merupakan salah sebuah Felda yang terdapat  di dalam daerah Maran. Tanah Rancangan Felda Jengka 6 diberi nama Felda Keembung. Felda Jengka enam mula ditubuhkan pada tahun  1968. Felda ini mempunyai kawasan tanaman seluas 430.87 hektar manakala kawasan kampung pula seluas 125.58 hektar.  Felda ini dibangunkan pada 1970 dan pada 1972 para peneroka mula membina penempatan sendiri.

       Felda Jengka 6 mempunyai lima peringkat iaitu peringkat satu mempunyai 107 buah keluarga, peringkat dua mempunyai 80 buah keluarga, peringkat  tiga mempunyai 106 buah keluarga,peringkat empat 74 buah keluarga. Peringkat kelima pula telah diusahakan pada tahun 1977 yang merangkumi tanah seluas 108.41 hektar.  Peringkat kelima ditempatkan 14 buah keluarga. Jadi kesemua jumlah keluarga yang ada di Felda Sri Keembung ialah 367 buah keluarga. Berdasar data jumlah kesemua penduduk ialah 3022 orang dan kesemuanya adalah kaum Melayu.

       Felda Sri Keembung mempunyai penduduk yang berasal dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Contohnya terdapat penduduk asal Negeri Pahang iaitu sebanyak 20 peratus dan daripada negeri lain seperti Terengganu sebanyak 33 peratus, negeri Kedah 16 peratus,  negeri Kelantan 29 peratus,dan selebihnya daripada  negeri-negeri lain. Jarak Felda Sri Keembung dari Bandar Kuantan 110 kilometer, Bandar Maran 30  kilometer ke Barat, Kuantan.

       Rancangan Jengka Enam telah ditempatkan dengan seramai 367 orang keluarga peneroka. Seramai 381 keluarga terdiri daripada peneroka berketurunan Melayu telah ditempatkan di sini pada tahun 1972 . Felda Jengka Enam dibangunkan secara berperingkat-peringkat iaitu sebanyak limat peringkat. Pada tahun 1970 seramai 107 keluarga telah ditempatkan di peringkat pertama,80 orang peneroka di peringkat kedua, 106 keluarga peneroka di peringkat ketiga dan 74 buah keluarga peneroka di peringkat keempat serta 14 buah keluarga di peringkat lima.

       Peneroka yang masuk ke Felda Jengka 6 dalam Fasa kedua seramai 367 keluarga ini tidak perlu lagi bersusah-payah membersih dan membina rumah sendiri seperti peneroka Lurah Bilut dalam tahun 1959. Mereka menyertai tanah rancangan selepas anak pokok ditanam dan rumah-rumah dibina. Tugas mereka hanyalah menjaga anak-anak pokok. Disebabkan mereka tidak terlibat dengan kerja-kerja berat seperti peneroka-peneroka terawal, ikatan mereka dengan tempat baru ini agak longgar sama ada sesama peneroka atau dengan tanah  yang diberi.

      Felda melalui kerajaan negeri telah mengeluarkan surat hak milik tanah kepada peneroka setelah menyelesaikan bayaran kembali serta cukai tanah.  Kini semua peneroka Felda Jengka 6 telah menerima surat milik tanah secara berperingkat-peringkat. Menurut Saharudin Bin Lela, Penghulu Felda Jengka 6, peneroka Peringkat 1 seramai 101 orang menerima hak milik pada 2 Januari 1993. Peneroka peringkat 2 dan Peringkat 3 pula  menerima Geran Hak Milik tanah pada 14 Januari 1995 daripada Datok Mohd Khalil Yaakob.

PENGURUS  :   ENCIK MOHD FARID BIN ROZI
KETUA KAMPUNG   :   TUAN HAJI SAHARUDDIN BIN LELA

MAKLUMAT ASAS    (Terkini)

Nama Penempatan : Felda Keembong Jengka Enam (Jengka 6)

Tarikh mula dibuka : 01 Mei 1968

Wilayah : Jengka

Mukim : Chenor

Daerah : Maran

DUN : Chenor

Parlimen : Maran

Nama Pengurus Felda : Encik Mohd Farid Bin Rozi

Ketua Kampung : Tuan Haji Saharuddin Bin Lela

Keluasan : Kawasan Kampung : 132.45 Hektar

      Kawasan Pertanian : 1603.56 Hektar

Jumpah Peneroka : 381 orang

Jumlah Penduduk : 3022 orang 

 

 

Parlimen Maran

Y.B. Dato'Haji Ismail Abd Muttalib ,

Kementerian Sumber Manusia , Aras 9 Blok D3 Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,

62501 Putarajaya 

ATAU

Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Maran ,

No 88 Bangunan LKNP ,

Jalan Masjid, Bandar Baru Maran ,

26500 Maran , Pahang Darul Makmur .

Tel No : 019 - 932 9032

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Dun Chenor 

 

YB.  Ustaz Mujibur Bin Rahman , 

Pusat PAS,

26500 Chenor , Pahang Darul Makmur .

 

PETA FELDA JENGKA 6

 

Lat Log North : 3.642136
Lat Log East : 102.622733
 
 

PETA DAERAH MARAN

 

PETA PAHANG