Maklumat Am

"๐˜‹๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข
๐˜“๐˜ข๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข
๐˜’๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜‘๐˜ช๐˜ธ๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข"
๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐„๐‘๐ƒ๐„๐Š๐€
Semarakkan semangat patriotisme dengan lagu tema sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Layari www.merdeka360.my/web/lagu-lagu-tema-sambutan-hkhm-2024/ untuk muat turun lagu tema HKHM 2024 dan ikuti pelbagai acara menarik sepanjang Bulan Kebangsaan 2024.
 
 

Tema โ€˜Malaysia Madani: Jiwa Merdekaโ€™ dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.

Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema tersebut bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.

โ€œTema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.

โ€œJiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya,โ€ ujarnya.Selain itu, bagi terus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2024, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 turut akan dilancarkan.

โ€˜โ€™Kementerian Komunikasi selaku Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 telah memulakan gerak kerja sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai program yang dilaksanakan di seluruh negara.

โ€˜โ€™Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dimulakan dengan penganjuran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 pada 19 Mei lalu di stesen Sentral Kuala Lumpur,โ€™Tambahnya, signifikan majlis pelancaran ini adalah bagi mengira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos yang akan berlangsung di Putrajaya.Seterusnya, momentum kemeriahan dan semangat patriotik akan terus disuburkan hingga sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

Program sampingan yang mengisi kalendar sambutan pula melibatkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang merupakan aktiviti konvoi kenderaan bagi membawa mesej kenegaraan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang di setiap lokasi perhentian konvoi.Turut diadakan program Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI, Semarak Gemilang Kita MADANI, Perkampungan MADANI, Jiwa Merdeka antara Kementerian dan PENTARAMA Live Jam.

Kalendar

September 2024
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30