Lubuk Ujid @ Taman Rekreasi Che Minah Sayang, Maran Pahang

Lubuk Ujid terletak di Kuala Sentul iaitu kira-kira 10km perjalanan dari Bandar Maran dan 10km dari Felda Jengka 6. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung sekitar kawasan untuk beriadah terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum. Di sekitar kawasan ini terdapat kemudahan seperti surau, tandas dan tempat meletak kenderaan. Arus sungai yang tidak begitu dalam, bersih, dihiasi dengan batuan sungai yang menarik pandangan sesuai untuk semua pengunjung.Pada 29 Mac 2017 , Kawasan Rekreasi Lubuk Ujid di Kuala Sentul, dekat sini telah di masyhurkan nama baharu “Taman Rekreasi Che Minah Sayang”. Majlis Pemasyhuran tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, di sini pagi tadi, sempena majlis perasmian penutup Kem Tahunan Pandu Puteri Renjer dan Remaja Peringkat Negeri Pahang 2017 yang berlangsung di Tapak Perkhemahan Lubuk Ujid.

 

(sumber ;http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?p=9110 )

 

 

 

 

Hutan Lipur Teladas 

Hutan lipur ini terletak 2km dari Bandar Maran dan 50km dari Temerloh dan telah ditubuhkan pada tahun 1985. Kawasan ini dikunjungi oleh pelawat kerana ia terkenal dengan air terjunnya dan sungainya yang dingin. Ia terletak di dalam hutan yang telah dibalak. Terdapat lebih kurang 1,000 orang pelawat datang berkunjung ke sini di dalam satu bulan terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Kemudahan yang telah disediakan meliputi jalan, pondok, bangku, tandas awan, bilik persalinan, jambatan, ampangan dan tangga konkrit yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikpulih. Disamping itu usaha menanam beberapa jenis pokok sebagai program pengindahan telah dijalankan.

 

 

 

 

 

Lubuk Yu 

Lubuk Yu merupakan kawasan perkelahan yang paling ideal untuk seisi keluarga. Arusnya yang tidak begitu deras menjadikan ia air terjun yang paling digemari penduduk Maran. Kawasan yang tenang dan dipenuhi flora yang sangat menyegarkan . Jarak Pusat Internet ke Lubuk Yu sejauh 15KM .

 

 

 

 

Padang Golf ( Maran Hill Golf Resort )

Majlis Daerah Maran telah meyediakan Padang Golf (Maran Hill Golf Resort) yang terletak kira–kira 3km dari Bandar Maran dan 17km dari Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6. Padang golf ini menyediakan 18 lubang dan mempunyai pemandangan yang indah. Terdapat cafe di puncak bukit di padang golf tersebut yang menyediakan makanan dan minuman untuk pengunjung.