Pelantar DELIMa yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi manfaat kepada 5.5 juta orang murid dan guru. Ini termasuk menerusi sesi pembelajaran interaktif, video tutorial, kelas maya dan buku teks digital. DELIMa yang turut diperkasakan dengan teknologi AI dapat membantu guru menghasilkan bahan mengajar yang berkualiti.