KEUSAHAWANAN - Gerai Makanan
Nama : Farizan Bt Pauzee |
Umur : 43 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Pn.Farizan merupakan satu-satunya peniaga yang membuka gerai menjual makanan goreng dan minuman untuk minum petang di kawasan Felda Jengka 6. Pelbagai jenis minuman dan makanan yang dijual antaranya keropok,goreng pisang, karipap, roti sosej, dan sebagainya memdapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar Felda Jengka 6.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan berniaga di gerai pada setiap hari, pendapatan beliau hanya sekitar RM2500 hingga RM3000 sebulan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah mempunyai idea perniagaan yang baharu iaitu roti homemade. Kini, selain berniaga di gerai pada setiap hari, beliau juga menerima tempahan pelbagai jenis roti yang dibuat fresh untuk pelanggan. Selain daripada itu, beliau juga menjual pakaian secara online pada masa-masa terluang. Pelanggan-pelanggan beliau juga telah bertambah dan telah meningkatkan pendapatan beliau sehingga RM7000 sebulan.
KEUSAHAWANAN - Roti Homemade & Barangan Kosmetik
Nama : Rosliza Bt Othman |
Umur : 35 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Pn.Rosliza merupakan suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga. Disamping menjual barangan-barangan kosmetik, Pn.Rosliza juga menerima tempahan membuat roti dan kek.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum menggunakan kelebihan ICT yang ada, Pn.Rosliza hanya menjual produk beliau melalui rumah ke rumah dan kepada kawan-kawan terdekat sahaja.pendapatan yang diperolehi juga tidak begitu menggalakkan iaitu sekitar RM250-RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau telah mula mempromosikan produk beliau di dalam laman facebook dan wassapp massenger. Ternyata promosi beliau berjaya menarik minat lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia. Permintaan terhadap roti-roti buatan beliau juga bertambah. Pendapatan beliau telah meningkat kepada lebih dari RM1000 sebulan.
CELIK IT - Pelajar Sek Ren
Nama :
1)Nur Ariesha Sofea Bt Abu Bakar 2)Siti Nur Aisyah Bt Mohd Husani 3)Ruzila Binti Rahimi 4)Nur Najwa Bt Shamsuri 5)Putri Aliya Natasha |
Umur : 12 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Merupakan pelajar-pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 6.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selalu menyiapkan kerja khusus sekolah menggunakan cara tradisional dengan menulis tangan dan menampal gambar-gambar di atas kertas sahaja. Proses mencari bahan rujukan juga terhad kepada buku-buku teks sekolah dan buku rujukan sahaja yang menjadikan kerja khusus yang dihasilkan lambat disiapkan dan tidak menarik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah mengikuti kelas asas internet dan Microsoft Word yang dijalankan oleh PI1M, mereka telah berupaya membuat kerja khusus sekolah dengan lebih tersusun dan menarik. Proses mencari bahan rujukan juga menjadi mudah dan praktikal dengan menggunakan enjin carian google. Kini mereka dapat menyiapka kerja khusus sekolah dengan cepat dan menarik dengan gambar-gambar bewarna.