KEUSAHAWANAN – Kek & Biskut
Nama : Hayati Bt Mohd Nor |
Umur : 60 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Puan hayati telah menjalankan perniagaan kek dan biskut sejak tahun 2006 lagi. Produk yang dihasilkan akan dihantar ke kedai-kedai runcit dan juga pasaraya di sekitar Bandar Pusat Jengka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ict, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangka.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil bakery dan produk beliau. Pelanggan beliau juyga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Permintaan terhadap produk beliau kini bertambah terutamanya pada musim perayaan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM3000 – RM5000 sebulan.
CELIK IT - Nik Khairul Najmi Bin Nik Megat
Nama : Nik Khairul Najmi Bin Nik Megat |
Umur : 12 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Adik Khairul Najmi merupakan pelajar tahun 6 Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 6. Merupakan anak ketiga dalam adik-beradik dan akan menduduki perperiksaan UPSR pada tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Menurut guru dan ayah kepada adik Najmi sendiri, beliau agak lemah dalam semua matapelajaran di sekolah. Beliau tidak pernah lulus dalam semua matapelajaran setiap kali ujian di sekolah. Hal ini amat merisaukan guru-guru dan ibu bapa beliau memandangka adik Najmi bakal memduduki perperiksaan UPSR pada tahun ini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Biarpun begitu, beliau merupakan pelajar yang rajin dan tekun. Beliau belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan turut menghadiri kelas tuisyen yang diadakan di PI1M. selalin tuisyen, beliau juga menyertai beberapa kuiz dan kelas interaktif di PI1M Felda Jengka 6. Hasilnya, adik Najmi berjaya menjawab soalan perperiksaan UPSR dan lulus dalam semua matapelajaran.