KEUSAHAWANAN – Kek & Roti Homemade
Nama : Kazwan Azizul Bin Kasim |
Umur : 33 Tahun |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
En.Kazwan merupakan anak peneroka Felda Jengka 4. Seorang pemegang Ijazah daripada Universiti Utara Malaysia dan mempunyai Diploma dalam bidang Pengurusan Hotel dan Katering dari Politeknik Johor Bahru. Mula menjalankan perniagaan kek dan bakery pada awal tahun 2017 dan kini telah mendapat tempat dihati pelanggan dan penduduk sekitar. Beliau juga berhasrat untuk menambah lagi cabang perniagaan beliau di masa akan datang.Memberi nama perniagaannya sebagai “Ketuhar KzyKasim”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil produk keluaran beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. En.Kazwan juga telah berjaya mencipta logo perniagaan sendiri yang secara tidak lansung memberi kalainan kepada produk beliau berbanding produk-produk bakery lain diluar sana. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Permintaan terhadap produk beliau kini bertambah terutamanya pada musim perayaan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
KEUSAHAWANAN – Kuih - Muih Tradisional
Nama : Norhaida Bt Mohd Zainudin |
Umur : 35 Tahun |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
Puan Norhaida merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Jengka 6. Beliau mula menjalankan perniagaan kueh tradisional ini secara serius pada awal tahun 2017. Pelbagai kueh muih tradisional yang dihasilkan seperti kueh seri muka, tepung talam ubi, kueh cara berlauk, karipap, dan popia mengikut permintaan pelanggan. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kueh kerumah-rumah selain berniaga di gerai. Sehingga kini, kuih muih hasil tangan Puan Norhaida sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan penduduk sekitar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, Puan.Norhaida hanya menjual kueh di gerai sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekitar RM200-RM500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan kueh muih hasil tangan beliau. Pelanggan beliau juga telah bertambah dan terdiri dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila kuih muih beliau telah mendapat tempahan daripada Jabatan Pendidikan Malaysia yang mengadakan seminar di Maran pada awal tahun ini. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
CELIK IT – Belia
Nama : 1) Norbaini Bt Nanyan 2) Rohaiza Bt abu Jodid 3) Mohd Firdaus Bin Mon 4) Sumiyyah Bt Mat Piah |
Umur : 1) 33 Tahun 2) 35 Tahun 3) 29 Tahun 4) 35 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Suri rumah/ Ibu Bapa pelajar yang ingin mendaftar anak ke pra sekolah 2019 dan tahun1 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kesemua peserta tiada pengalaman menggunakan computer dan telah lama tidak menggunakan komputer. Pertama kali ingin mendaftar persekolahan anak secara atas talian.Tidak mengetahui cara penggunaan komputer dan internet .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI1M, peserta telah berjaya menggunakan komputer dan mendaftar anak dengan sendiri.