KEUSAHAWANAN – Kuih - Muih Tradisional
Nama : Norhaida Bt Mohd Zainudin |
Umur : 35 Tahun |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
Puan Norhaida merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Jengka 6. Beliau mula menjalankan perniagaan kueh tradisional ini secara serius pada awal tahun 2017. Pelbagai kueh muih tradisional yang dihasilkan seperti kueh seri muka, tepung talam ubi, kueh cara berlauk, karipap, dan popia mengikut permintaan pelanggan. Beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kueh kerumah-rumah selain berniaga di gerai. Sehingga kini, kuih muih hasil tangan Puan Norhaida sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan dan penduduk sekitar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, Puan.Norhaida hanya menjual kueh di gerai sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekitar RM200-RM500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan kueh muih hasil tangan beliau. Pelanggan beliau juga telah bertambah dan terdiri dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Kejayaan terbesar beliau adalah apabila kuih muih beliau telah mendapat tempahan daripada Jabatan Pendidikan Malaysia yang mengadakan seminar di Maran pada awal tahun ini. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.