KEUSAHAWANAN – Kek & Roti Homemade
Nama : Marlisa Harmimi Bt Ismail |
Umur : 31 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Puan harmimi merupakan anak peneroka Felda Jengka 6. Mempunyai Diploma dalam bidang Pengajian Islam dan berkhidmat sebagai Guru Kafa di Sekolah agama Rakyat Felda Jengka 6 . Mula menjalankan perniagaan kek dan bakery pada awal tahun 2015 dan kini telah mendapat tempat dihati pelanggan dan penduduk sekitar. Beliau juga berhasrat untuk menambah lagi cabang perniagaan beliau di masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil produk keluaran beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Dengan menyediakan perkhidmatan “surprise delivery” perniagaan Puan Harmimi juga telah memberi kalainan kepada produk beliau berbanding produk-produk bakery lain diluar sana. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Permintaan terhadap produk beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar, malah turut mendapat tempahan oleh jabatan-jabatan tertentu untuk majlis-majlis rasmi dan program kenamaan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.
KEUSAHAWANAN – Ternakan Ayam Kampung Asli
Nama : Amrul Bin Idris |
Umur : 43 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Encik Amrul telah menjual ternakan lembu secara kecil-kecilan disekitar Felda Jengka 6. Mula menternak ayam kampung asli sejak 2 tahun yang lepas. Selain itu, en.Amrul juga menternak baka ayam kampung asli bagi menghasilkan telur ayam kampung asli. Telur ayam kampung dijual kepada pengedar anak ayam kampung untuk ditetas dan di jual kepada penternak-penternak ayam kampung di sekitar negeri Pahang. Manakala ayam kampung matang yang diternak, dijual di pasar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pengeluaran telur ayam dan ayam kampung matang pula hanya sekadar 50-100 ekor sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, En.Amrul kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara juga telah bertambah yang mana mereka mengetahui hasil ternakan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000. Sehubungan dengan itu, En.Amrul juga telah mengikuti kelas membuat kertas kerja di PI1M untuk memohon bantuan kewangan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar dapat memperbesarkan lagi ladang ternakannya bagi memenuhi permintaan pelanggan.
CELIK IT – Pelajar Sekolah Rendah
Nama : 1) Ahmad Nor Farhan Bin Amirudin 2) Shahrizal Bin Shamsudin 3) Nur Marlissa Balqis Bt Jafri 4) Nur Samahah Bt Hairul Nizam 5) Nur Amiera Najihah 6) Ainin Sofia Bt Zaidi 7) Nor Malianah Bt Hazami |
Umur : 12 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Para pelajar tahun 6 yang akan menduduki perperiksaan UPSR tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Tidak tahu menggunakan perisian komputer dan internet untuk membuat tugasan sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI1M, para pelajar mampu menggunakan perisian komputer seperti Microsoft word dan power point dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Mereka juga telah pandai menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat dan gambar-gambar menarik berkaitan tugasan sekolah mereka.