KEUSAHAWANAN – Ternakan Ayam Kampung Asli
Nama : Amrul Bin Idris |
Umur : 43 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Encik Amrul telah menjual ternakan lembu secara kecil-kecilan disekitar Felda Jengka 6. Mula menternak ayam kampung asli sejak 2 tahun yang lepas. Selain itu, en.Amrul juga menternak baka ayam kampung asli bagi menghasilkan telur ayam kampung asli. Telur ayam kampung dijual kepada pengedar anak ayam kampung untuk ditetas dan di jual kepada penternak-penternak ayam kampung di sekitar negeri Pahang. Manakala ayam kampung matang yang diternak, dijual di pasar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pengeluaran telur ayam dan ayam kampung matang pula hanya sekadar 50-100 ekor sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, En.Amrul kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara juga telah bertambah yang mana mereka mengetahui hasil ternakan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM5000. Sehubungan dengan itu, En.Amrul juga telah mengikuti kelas membuat kertas kerja di PI1M untuk memohon bantuan kewangan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar dapat memperbesarkan lagi ladang ternakannya bagi memenuhi permintaan pelanggan.