KEUSAHAWANAN – Kek & Roti Homemade
Nama : Shazwani Bt Ismail |
Umur : 34 Tahun |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
Puan Wani merupakan anak peneroka Felda Jengka 7. Pemegang Diploma dari UiTM Jengka ini membesar dan menetap di Felda Jengka 7. Mula menjalankan perniagaan bakery pada awal tahun 2015 untuk menambah pendapatan keluarga. Kini perniagaan beliau telah mendapat tempat dihati pelanggan dan penduduk sekitar. Selain daripada itu hasil bakery beliau juga turut dikenali dan mendapat permintaan daripada penduduk dari jengka 6 sehinggalah ke Maran. Oleh itu, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi cabang perniagaan beliau di masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline kepada penduduk sekampung dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil bakery keluaran beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Dengan ciri-ciri produk yang lain dari yang lain, perniagaan Puan Wani mudah untuk mendapat tempat di hati pelanggan. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Permintaan terhadap produk beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar, malah turut mendapat tempahan oleh jabatan-jabatan tertentu untuk majlis-majlis rasmi dan program kenamaan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM1000 – RM1500 sebulan.
KEUSAHAWANAN – Perniagaan Kedai Runcit
Nama : Mohd Rodzi Bin Ahmad Jurid |
Umur : 44 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
En.Rodzi merupakan anak peneroka Felda Jengka 6. Menetap di Felda Jengka 6 dan menjalankan perniagaan kedai runcit secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya menjual barangan runcit asas kepada penduduk kampung dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah barangan runcit dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan menambah jumlah produk dan mempelbagaikan jenis barangan runcit di kedai beliau. En.Rodzi juga telah berjaya mendapatkan status Kedai TUKAR bagi kedai runcitnya.Oleh itu, sistem jualan kedai runcit En.Rodzi telah bertambah baik. Secara tidah lansung telah menarik lebih ramai pengunjung ke kedai beliau. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM15,000 – RM20,000 sebulan. Kedai runcit En.Rodzi juga telah dibaik pulih dan diperbesarkan hasil dari keuntungan jualan runcit yang memberansangkan.
CELIK ICT - Warga Emas
Nama : Ibrahim Bin Deraman |
Umur : 70 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Peneroka Felda Jengka 6.Seorang warga emas
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau mempunyai kemahiran bermain pelbagai jenis alatan muzik seperti piano, keyboard, gitar, dan juga drum. Disebabkan oleh minat itu, beliau telah mengasaskan sebuah kumpulan kugiran untuk para belia di Felda Jengka 6. Sebagai pengasas, beliau bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli kumpulan mahir menggunakan alat muzik masing-masing. Untuk mengunakan alat muzik, setiap ahli perlu menguasai chord-chord yang bersesuaian untuk menghasilkan sesuatu irama tertentu. Beliau juga memerlukan buku panduan asas chord muzik yang khusus untuk diajar kepada mereka. Akan tetapi, harga buku tersebut bukanlah murah untuk dimiliki oleh setiap ahli kumpulan. Jadi, beliau diperkenalkan oleh petugas Pusat Internet Felda jengka 6 kepada internet. Setelah mengikuti kursus asas menggunakan internet, saya berupaya untuk menggunakan enjin carian google untuk mencari chord-chord muzik yang saya perlukan dengan mudah. Beliau juga dapat mencetak chorde muzik yang diperlukan untuk mengajar ahli kumpulan . Menggunakan enjin carian google, beliau dapat mempelajari teknik-teknik baru untuk menghasilkan lagu dan irama bersesuaian di youtube. Selain dari itu, ahli-ahli kumpulan beliau juga dapat melihat dan mempelajari sendiri menggunakan alat music di internet. Ternyata penggunaan internet amat membantu beliau dalam mendalami seni muzik dan lagu dengan berkesan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum tahu menggunakan internet, beliau hanya mengajar ahli kumpulan kugiran dengan memainkan lagu-lagu lama yang sudah sedia ada dan biasa didengar oleh mereka. Teknik mengajar juga terhad kepada dengar dan tiru sahaja. Beliau juga memerlukan termpoh yang lama untuk setiap ahli kumpulan menguasai lagu-lagu tertentu. Kini dengan penggunaan internet, kerja beliau menjadi mudah dengan dan cepat kerana segala hanya dihujung jari . Ahli kumpulan beliau juga dapat belajar dan mengulang kaji sendiri menggunakan alat muzik mereka. Beliau juga dapat meghasilkan lagu sendiri untuk dipersembahkan di kenduri perkahwinan dan juga majlis-majlis tertantu.