CELIK ICT - Warga Emas 

Nama :  Ibrahim Bin Deraman

 Umur : 70 Tahun 

 Ahli    : 2015

 

 

 

 

Latar Belakang :

Peneroka Felda Jengka 6.Seorang  warga emas 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Beliau mempunyai kemahiran bermain pelbagai jenis alatan muzik seperti piano, keyboard, gitar, dan juga drum. Disebabkan oleh minat itu, beliau telah mengasaskan sebuah kumpulan kugiran untuk para belia di Felda Jengka 6. Sebagai pengasas, beliau bertanggungjawab untuk memastikan setiap ahli kumpulan mahir menggunakan alat muzik masing-masing. Untuk mengunakan alat muzik, setiap ahli perlu menguasai chord-chord yang bersesuaian untuk menghasilkan sesuatu irama tertentu. Beliau juga memerlukan buku panduan asas chord muzik yang khusus untuk diajar kepada mereka. Akan tetapi, harga buku tersebut bukanlah murah untuk dimiliki oleh setiap ahli kumpulan. Jadi, beliau diperkenalkan oleh petugas Pusat Internet Felda jengka 6 kepada internet. Setelah mengikuti kursus asas menggunakan internet, saya berupaya untuk menggunakan enjin carian google untuk mencari chord-chord muzik yang saya perlukan dengan mudah. Beliau juga dapat mencetak chorde muzik yang diperlukan untuk mengajar ahli kumpulan . Menggunakan enjin carian google, beliau dapat mempelajari teknik-teknik baru untuk menghasilkan lagu dan irama bersesuaian di youtube. Selain dari itu, ahli-ahli kumpulan beliau juga dapat melihat dan mempelajari sendiri menggunakan alat music di internet. Ternyata penggunaan internet amat membantu beliau dalam mendalami seni muzik dan lagu dengan berkesan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat  Internet 

Sebelum tahu menggunakan internet, beliau hanya mengajar ahli kumpulan kugiran dengan memainkan lagu-lagu lama yang sudah sedia ada dan biasa didengar oleh mereka. Teknik mengajar juga terhad kepada dengar dan tiru sahaja. Beliau juga memerlukan termpoh yang lama untuk setiap ahli kumpulan menguasai lagu-lagu tertentu. Kini dengan penggunaan internet, kerja beliau menjadi mudah dengan dan cepat kerana segala hanya dihujung jari . Ahli kumpulan beliau juga dapat belajar dan mengulang kaji sendiri menggunakan alat muzik mereka. Beliau juga dapat meghasilkan lagu sendiri untuk dipersembahkan di kenduri perkahwinan dan juga majlis-majlis tertantu.