KEUSAHAWANAN – Gubahan Bunga & Coklat
Nama : Nazmawnnie Bt Shamsudin |
Umur : 27 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Wani berasal dari Maran,Pahang. Berkahwin bersama anak peneroka Felda Jengka 6 dan menetap di sini. Memulakan perniagaan banquet dan menerima tempahan gubahan bunga dan coklat untuk bermula pada awal tahun 2018.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil gubahan beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Dengan menyediakan perkhidmatan COD dan “surprise delivery” perniagaan Puan Wani juga telah memberi kalainan kepada produk beliau berbanding produk-produk lain diluar sana. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui tentang perkhidmatan beliau melalui facebook tersebut. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM500 – RM1000 sebulan.
KEUSAHAWANAN – Bakery
Nama : Norhizah Bt Muhammad Nor |
Umur : 53 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Puan Norhizah merupakan anak kelahiran Pekan, Pahang. Berkahwin bersama anak peneroka Felda Jengka 6 dan terus menetap disini. Memegang Diploma dari UiTM namun memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan kek dan bakery secara sambilan. Mula menjalankan perniagaan bakery pada awal tahun 2016 untuk mengisi masa lapang. Kini perniagaan beliau telah dikenali dan mendapat tempat dihati pelanggan dan penduduk sekitar. Selain daripada itu hasil bakery beliau juga turut dikenali dan mendapat permintaan daripada penduduk dari jengka 6 sehinggalah ke Maran. Oleh itu, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi cabang perniagaan beliau di masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline kepada penduduk kampung dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil bakery keluaran beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Beliau juga telah mempunyai Blog perniagaan sendiri selain mendaftarkan perniagaan beliau di dalam google map bagi memudahkan pelanggan mengenalpasti lokasi perniagaan beliau. Kini perniagaan dan proses penerimaan tempahan hasil bakery puan Norhizah lebih bersistem. Pendapatan bulanan beliau juga kini telah mencecah RM1000 – RM1500 sebulan.
CELIK ICT - Pelajar Sekolah Rendah
Nama :
10. M. Irfan Naufal |
Umur : 9-10 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Kesemua pelajar sekolah rendah ini merupakan cucu peneroka Felda Jengka 6. Sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti program dan kelas anjuran PI. Disebabkan agak lemah dalam matapelajaran, maka pada musim cuti persekolahan pula mereka sering hadir untuk mengikuti kelas tambahan yang di ajar oleh petugas PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pelbagai kelas tambahan yang diadakan oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 6. Antaranya adalah kelas Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh petugas untuk mengajar mereka. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kuiz online untuk menguji kefahaman mereka. Sebelum terdedah dengan penggunaan ICT, para pelajar ini langsung tidak mengetahui cara-cara untuk menggunakan komputer dan perkakasannya. Jadi agak sukar bagi petugas untuk mengajar mereka menggunakan pendekatan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas diajar menggunakan komputer dan internet, ternyata para pelajar amat mudah memahaminya dan berkebolehan menggunakan medium online untuk belajar. Tugas petugas juga bertambah mudah kerana kesemua pelajar telah memahami tentang bagaimana menggunakan komputer dan perisiannya. Para pelajar juga telah cekap menggunakan komputer untuk menjawab soalan kuiz online yang diberikan petugas.