KEUSAHAWANAN – Bakery
Nama : Norhizah Bt Muhammad Nor |
Umur : 53 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Puan Norhizah merupakan anak kelahiran Pekan, Pahang. Berkahwin bersama anak peneroka Felda Jengka 6 dan terus menetap disini. Memegang Diploma dari UiTM namun memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan kek dan bakery secara sambilan. Mula menjalankan perniagaan bakery pada awal tahun 2016 untuk mengisi masa lapang. Kini perniagaan beliau telah dikenali dan mendapat tempat dihati pelanggan dan penduduk sekitar. Selain daripada itu hasil bakery beliau juga turut dikenali dan mendapat permintaan daripada penduduk dari jengka 6 sehinggalah ke Maran. Oleh itu, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi cabang perniagaan beliau di masa akan datang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline kepada penduduk kampung dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan hasil bakery keluaran beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Beliau juga telah mempunyai Blog perniagaan sendiri selain mendaftarkan perniagaan beliau di dalam google map bagi memudahkan pelanggan mengenalpasti lokasi perniagaan beliau. Kini perniagaan dan proses penerimaan tempahan hasil bakery puan Norhizah lebih bersistem. Pendapatan bulanan beliau juga kini telah mencecah RM1000 – RM1500 sebulan.