KEUSAHAWANAN – Dropship KARISMA
Nama : Nurul Shahida Binti Jusoh |
Umur : 34 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Shahida merupakan guru literasi Felda Jengka 6.Beliau berminat untuk menjadi dropship bagi barangan kosmetik KARISMA untuk menambah pendapatan bulanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan barangan kosmetik secara online melalui Facebook dan juga Instagram. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM500 – RM1000 sebulan.
KEUSAHAWANAN – Dropship Tudung
Nama : Nureidah Binti Kamarulzaman |
Umur : 39 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Nureidah merupakan seorang surirumah sepenuh masa.Beliau berminat untuk menjadi dropship tudung MIRABELLE DAN KEKABOO untuk menambah pendapatan bulanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM10 – RM50 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan tuudng secara online melalui Facebook dan juga Instagram. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah dan juga mendapat sambutan dari ramai orang.Beliau terpaksa menghantar barang secara pos bagi pelanggan yang diluar daerah/negeri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM200 – RM600 sebulan.
CELIK ICT - Pelajar Sekolah Rendah
Nama :
|
Umur : 10-12 Tahun |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
Kesemua pelajar sekolah rendah ini merupakan cucu peneroka Felda Jengka 6. Sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti program dan kelas anjuran PI. Disebabkan agak lemah dalam matapelajaran, maka pada musim cuti persekolahan pula mereka sering hadir untuk mengikuti kelas tambahan yang di ajar oleh petugas PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pelbagai kelas tambahan yang diadakan oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 6. Antaranya adalah kelas Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh petugas untuk mengajar mereka. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kuiz online untuk menguji kefahaman mereka. Sebelum terdedah dengan penggunaan ICT, para pelajar ini langsung tidak mengetahui cara-cara untuk menggunakan komputer dan perkakasannya. Jadi agak sukar bagi petugas untuk mengajar mereka menggunakan pendekatan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas diajar menggunakan komputer dan internet, ternyata para pelajar amat mudah memahaminya dan berkebolehan menggunakan medium online untuk belajar. Tugas petugas juga bertambah mudah kerana kesemua pelajar telah memahami tentang bagaimana menggunakan komputer dan perisiannya. Para pelajar juga telah cekap menggunakan komputer untuk menjawab soalan kuiz online yang diberikan petugas