KEUSAHAWANAN – Dropship Tudung
Nama : Nureidah Binti Kamarulzaman |
Umur : 39 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Nureidah merupakan seorang surirumah sepenuh masa.Beliau berminat untuk menjadi dropship tudung MIRABELLE DAN KEKABOO untuk menambah pendapatan bulanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM10 – RM50 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan tuudng secara online melalui Facebook dan juga Instagram. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah dan juga mendapat sambutan dari ramai orang.Beliau terpaksa menghantar barang secara pos bagi pelanggan yang diluar daerah/negeri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM200 – RM600 sebulan.