CELIK ICT - Pelajar Sekolah Rendah

Nama : 

  1. 1. MUHD AFIQ AMINUDDIN BIN MOHD ADZHAR
  2. 2. NOREZATTY BT JUHAIRI
  3. 3. MUHD HAIKAL HAKIMI B MOHD SOLEHUDIN
  4.  

 Umur : 10-12 Tahun 

 Ahli    : 2017

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang :

Kesemua pelajar sekolah rendah ini merupakan cucu peneroka Felda Jengka 6. Sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti program dan kelas anjuran PI. Disebabkan agak lemah dalam matapelajaran, maka pada musim cuti persekolahan pula mereka sering hadir untuk mengikuti kelas tambahan yang di ajar oleh petugas PI.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Pelbagai kelas tambahan yang diadakan oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 6. Antaranya adalah kelas Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh petugas untuk mengajar mereka. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kuiz online untuk menguji kefahaman mereka. Sebelum terdedah dengan penggunaan ICT, para pelajar ini langsung tidak mengetahui cara-cara untuk menggunakan komputer dan perkakasannya. Jadi agak sukar bagi petugas untuk mengajar mereka menggunakan pendekatan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat  Internet 

Selepas diajar menggunakan komputer dan internet, ternyata para pelajar amat mudah memahaminya dan berkebolehan menggunakan medium online untuk belajar. Tugas petugas juga bertambah mudah kerana kesemua pelajar telah memahami tentang bagaimana menggunakan komputer dan perisiannya. Para pelajar juga telah cekap menggunakan komputer untuk menjawab soalan kuiz online yang diberikan petugas