KEUSAHAWANAN – Jahitan Baju
Nama : Rosediana Binti Chemud |
Umur : 41 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Diana merupakan seorang tukang jahit baju yang sangat dikenali di Jengka 6.Beliau juga berpengalaman menjadi tukang jahit di salah sebuah butik yang terkemuka di Kuala Lumpur.Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman dalam dunia jahitan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya mempromosi secara dari mulut ke mulut sahaja .Dan hanya kepada pelanggan yang terdekat sahaja
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan jahitan bajunya secara online melalui facebook . Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM500 – RM1000 sebulan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>