KEUSAHAWANAN – Dropship MAGIKA
Nama : Meria Binti Yasin |
Umur : 37 Tahun |
Ahli : 2018 |
Latar Belakang :
Puan Meria merupakan surirumah sepenuh masa.Beliau berminat untuk menjadi dropship bagi barangan kosmetik MAGIKA untuk menambah pendapatan bulanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan barangan kosmetik secara online melalui Facebook dan juga Instagram. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM300 – RM700 sebulan.