KEUSAHAWANAN – Creampuff & Vietnamese Spring Roll
Nama : Nurul Syazlin Binti Zubir |
Umur : 23 Tahun |
Ahli : 2019 |
Latar Belakang :
Cik Syazlin merupakan pelajar lepasan Diploma Landskap . Akan tetapi beliau lebih suka berniaga bagi menjana pendapatannya sendiri. Beliau memulakan perniagaannya dengan menjual creampuff dan vietnamese spring roll
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mempromosikan makanan belaiu memalalui media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp group. Dengan menyediakan perkhidmatan COD disekitar kawasan Jengka,Maran,Temerloh dan juga Kuantan. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM500 – RM1000 sebulan.Baru-baru ini beliau dijemput oleh Manis FM kerana perkongsian resepinya di twitter menjadi viral dan sekaligus menaikkan nama beliau .
KEUSAHAWANAN – Dropship Bantal LEYNA
Nama : Siti Salma Binti Kassim |
Umur : 34 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Cik Salma merupakan penolong pengurus Pusat Internet dan dalam masa yang sama beliau menjadi ahli dropship bagi bantal leyna.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline (termasuk berniaga di CBS) kepada penduduk kampung dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mengatur strategi baru dengan mempromosikan bantal leyna beliau di laman facebook, instagram dan whatsapp group. Dan ini kebanyakkan pelanggannya hanya membeli secara online sahaja dan beliau akan poskan barangan tersebut . Permintaan bantal juga semakin banyak . Pendapatan keuntungan beliau semakin naik sehingga mencecah RM800 sebulan .
CELIK ICT - Pelajar Sekolah Menengah
Nama :
|
Umur : 13-15 Tahun |
Ahli : 2015 |
Latar Belakang :
Kesemua pelajar sekolah rendah ini merupakan cucu peneroka Felda Jengka 6. Sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti program dan kelas anjuran PI. Disebabkan agak lemah dalam matapelajaran, maka pada musim cuti persekolahan pula mereka sering hadir untuk mengikuti kelas tambahan yang di ajar oleh petugas PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pelbagai kelas tambahan yang diadakan oleh petugas Pusat Internet Felda Jengka 6. Antaranya adalah kelas Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains. Pelbagai kaedah yang digunakan oleh petugas untuk mengajar mereka. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kuiz online untuk menguji kefahaman mereka. Sebelum terdedah dengan penggunaan ICT, para pelajar ini langsung tidak mengetahui cara-cara untuk menggunakan komputer dan perkakasannya. Jadi agak sukar bagi petugas untuk mengajar mereka menggunakan pendekatan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Selepas diajar menggunakan komputer dan internet, ternyata para pelajar amat mudah memahaminya dan berkebolehan menggunakan medium online untuk belajar. Tugas petugas juga bertambah mudah kerana kesemua pelajar telah memahami tentang bagaimana menggunakan komputer dan perisiannya. Para pelajar juga telah cekap menggunakan komputer untuk menjawab soalan kuiz online yang diberikan petugas.