Usahawan Ternakan Ayam Kampung

Nama : Nik Azhar Nik Aziz

 Umur :  34 Tahun 

 Pekerjaan : Pekerja Swasta

 Pendidikan : Diploma

 Ahli    : 2017

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang :

En.Nik Azhar merupakan cucu peneroka di Felda Jengka 6. Berkerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat swasta yang bertempat di Jerantut, Pahang. Menjadikan bidang penternakan anak ayam kampung sebagai salah satu cabang pendapatan bermula pada tahun 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT, En. Nik Azhar hanya menjual anak ayam kampung di kedai-kedai ternakan haiwan di kawasan jengka dan sekitarnya. Permintaan terhadap anak ayam tidaklan memberangsangkan dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan hanya tertumpu kepada 3-5 buah kedai haiwan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui hasil ternakan beliau melalui facebook page tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM5000 sebulan.