Usahawan Gerai Masakan Panas

Nama : Zuranilah Bt Zulkifli

 Umur :  28 Tahun 

 Pekerjaan : Suri Rumah

 Pendidikan : SPM

 Ahli    : 2016

 

 

 

 

 

 

 

Latar Belakang :

Pn.Zuranilah merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Jengka 6. Seorang suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan masakan panas di dalam Felda Jengka 6.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dengan PI, puan Zuranillah hanya membuka kedai dan menjual seperti kebanyakan kedai makan biasa pada sebelah petang sehingga malam. Pendapatan harian beliau juga tidak menentu bergantung kepada jumlah pelanggan yang hadir ke kedai beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, minda Pn.Zura semakin terbuka luas yang mana perniagaan kedai makan bukan hanya tertumpu kepada jualan dikedai sahaja malahan boleh di “online” kan juga. Bermula dari situ Pn.Zura telah mengambil langkah proaktif dengan mempromosikan kedai dan masakan beliau melalui medium online seperti facebook dan juga whatapps group. Beliau juga ada menawarkan perkhidmatan COD kepada pelanggan sekitar. Kini, kedai beliau lebih dikenali dan permintaan makanan COD juga semakin bertambah. Pendapatan beliaau dari Rm200 sebulan kini mencecah sehinggan Rm800 – Rm2000 sebulan.