Nama : Ahmad Shukri Bin Ismail
Umur : 45 tahun
Ahli : 2016
Latar belakang
En.Shukri merupakan anak kepada peneroka Felda Jengka 6. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Kuala Lumpur dan menetap di kampung bermula tahun 2016. Dengan kepakaran yang ada, beliau mula mengambil upah sebagai pereka sticker dan flyers produk bagi usahawan setempat. Disamping itu, en.shukri juga turut menerima tempahan sebagai jurugambar bagi majlis-majlis perkahwinan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, En.Shukri hanya menerima tempahan dari penduduk sekitar Felda Jengka 6 sahaja. Jumlah pendapatan beliau pula hanya sekadarRm300 – Rm700 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau kini telah menggunakan medium online seperti facebook bagi mempromosikan dan menawarkan kepakaran beliau. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang mana mereka mengetahui hasil kerja beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau juga semakin bertambah mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.