Nama : Nik Amirul Bin Nik Aziz

Umur : 24 tahun

Ahli : 2021

 

Latar belakang

 

En.Nik Amirul merupakan generasi ke 3 di Felda Jengka 6. Berkerja secara tetap sebagai pembantu makmal di kilang sawit Felda. Sebagai sumber pendapatan tambahan, beliau menjalankan pertanian cili bara secara kecil-kecilan di halaman belakang rumah orang tuanya. Selain itu, Nik Amirul juga turut menjalankan perniagaan atas talian seperti jual beli jam berjenama G-Shok serta perkhidmatan membaiki jam tangan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet perniagaan cili bara Nik Amirul hanya tertumpu di kawasan sekitar Felda Jengka 6. Beliau hanya menjual cili keluarannya kepada beberapa kedai barangan basah di Felda Jengka 6. Pendapatan beliau juga hanya sekadar RM200 – Rm300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan Pusat Internet, beliau mula mendapat pendedahan tentang medium pemasaran online dan peluang keusahawanan yang telah pihak kerajaan sediakan. Nik Amirul terus mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya. Kini beliau sangat aktif menggunakan medium pemasaran online untuk memasarkan produk dan perkhidmatannya. Kini, perniagaannya telah dikenali ramai dan pendapatan beliau juga semakin meningkat sehinggan mencecah 4 angka sebulan.

 

3   4