Nama : Siti Sara Bt Mat Sarip

Umur : 41 Tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang


Puan Sara mengusahakan perniagaan char kuey teow bersama suami sejak tahun 2016
lagi. Bertapak di dalam Felda Jengka 6 dan memilih masakan char kuey teow sebagai
manu utama kedai mereka. Disamping itu, turut menjual pelbagai menu masakan panas
yang lain sesuai dengan selera para pelanggan mereka.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI


Sebelum terlibat dengan Pusat Internet perniagaan char kuey teow Puan Sara dan suami
hanya sekadar berniaga secara kecil-kecilan membuka gerai di hadapan rumah.
Pendapatan mereka ketika itu hanya sekadar RM300 – RM400 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas terlibat dengan Pusat Internet, mereka mula mendapat pendedahan tentang cara pemasaran perniagaan masa kini. Puan Sara dan suami terus mengaplikasi apa yang telah dipelajari mereka seperti iklan dan menu bergambar di medium pemasaran online “whatsapp group” dan “Facebook”. Mereka juga turut menawarkan perkhidmatan tempahan makanan atas talian dan penghantaran makanan di dalam Felda Jengka 6 dan kawasan sekitar. Hasil dari usaha mereka, perniagaan mereka lebih dikenali dan mendapat tempat di hati komuniti di Felda Jengka 6. Gerai mereka juga kini lebih besar dengan jumlah meja dan kerusi yang lebih banyak untuk menampung jumlah pelanggan mereka yang semakin bertambah. Kini, pendapatan mereka telah meningkat sehingga RM1000 – RM2000 sebulan.