Nama : Muhammad Ekram Haizat Bin Hassan
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Adik Ekram berusia 11 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Ekram mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 6 sejak bulan Januari 2022 yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Ekram hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Ekram juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Ekram tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 6 adik Ekram sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Ekram sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Ekram juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Ekram juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran.