Nama : Muhammad Adam Bin Muhd Nizam

Umur : 11 tahun

Ahli : 2018

Latar belakang

Adik Adam berusia 11 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Adam mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 6 sejak bulan Januari 2023 yang lalu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Adam hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Adam juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Adam tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 6 adik Adam sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Adam sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Adam juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Adam juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran.

adam