Nama : Hazizan Binti Din
Umur : 43 tahun
Ahli : 2023
Latar belakang
Puan Hazizan memang seorang ahli perniagaan tapi secara kecil – kecilan sahaja. Beliau mula menjadi egen dan penjual barang dropship sejak tahun 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Hazizan hanya mempromosikan produk jualannya di kawasan sekitar kampung sahaja. Kebanyakan produk jualan Puan Hazizan ini agak mahal jadi tidak semua orang berkemampuan untuk memiliki atau membeli produk – produk tersebut. Jadi agak sukar untuk Puan Hazizan mengembangkan perniaagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Hazizan memperolehi teknik-teknik mempromosikan produknya melalui bengkel-bengkel dan seminar yang telah disertainya. Beserta dengan teknik-teknik asas pemasaran dan teknik perniagaan atas talian yang dipelajarinya, pelanggan Puan Hazizan kini tidak terhad di dalam kampungnya sahaja. Tugas Puan Hazizan untuk mengembangkan dan mempromosikan produk jualannya juga lebih mudah dengan adanya kemudahan ICT.