PERSATUAN BELIA (MBFM) Felda Keembong Jengka 6
  •    Sejarah Persatuan Belia (MBFM) Felda Keembong Jengka 6 bermula pada tahun 1982 , apabila sekumpulan anak muda diketuai oleh En KamarulZaman B Ismail sepakat untuk menubuhkan Persatuan Belia di Felda Jengka 6 .
  •    Mesyuarat penaja yang diadakan pada tahun tersebut telah memilih dan melantik En KamarulZaman sebagai pengerusi yang pertama .
  •    Persatuan  Belia ini didaftarkan secara rasmi pada 12 Januari 1983 dengan nama Persatuan Belia Felda Keembong (Jengka 6) dengan nombor pendaftaran 792      (Pahang)
  •    Nama Persatuan ini telah ditukar secara rasmi kepada Persatuan Belia Waja Murni Jengka 6 pada 4 Jun 1992
  •    Selaras dengan penstrukturan organisasi belia di negara ini, Persatuan Belia Waja Murni dibubarkan bagi membuka laluan untuk bergabung dengan Majlis Belia  Felda Malaysia pada Tahun 2009 .
  •    Pesatuan ditubuhkan semula pada 21 April 2009 dengan nombor pendaftaran PPBM 0004-2923/90 . Mempunyai ahli seramai 88 orang ( 62 lelaki dan 26 perempuan ) . Moto : Berilmu,Berbudaya dan Berketerampilan 
  •    Mendapat Anugerah Belia Cemerlang 2014 (Tempat Ketiga) bagi Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Belia Terbaik  (Tempat Pertama) bagi Negeri Pahang.

  

Pengerusi 

Amirul Bin Zainal 

Naib Pengerusi 1

Hairol Azmi B Ismail

Naib Pengerusi 2

Siti Nazirah Binti Abu Bakar

Setiausaha 

Nor Amirah Othman 

Naib Setiausaha

Nureidah Bt KamarulZaman 

Bendahari

Nik Zaid B Nik Mat

 

* Persatuan Belia MBFM Felda Keembong Jengka 6 selalu mengadakan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada komuniti terutama kepada pelajar sekolah menengah dan rendah . Persatuan Belia juga banyak menolong badan-badan persatuan yang lain jika terdapat program di dalam Felda Jengka 6 dan juga di luar kawasan .

 

Kelab Seni Warisan Belia Jengka 6
  •         Kelab Seni Warisan Belia Jengka 6 ditubuhkan pada Tahun 2005 dan dinaungi oleh Persatuan Waja Murni Jengka 6
  •         Kelab ini diasaskan oleh mantan ketua kampung Felda Jengka 6, Che Mod B Sulaiman dan En Yahya B Awang Kechik
  •         Kelab Seni Warisan Belia sentiasa bekerjasama dengan  Persatuan Belia dan Kelab Tomoi J-SIX bagi menjayakan Kejohanan Tomoi terbuka yang dianjurkan oleh  Persatuan Belia (MBFM) Felda Jengka 6
  •         Selain itu,kelab ini juga turut menerima undangan untuk mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan majlis –majlis rasmi di seluruh pelusuk  negeri.