Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6 telah dibina dan siap pada 2 April 1976.Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mus’tain Bilah Ibnu Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Mu’adzam Shah telah mencemar duli merasmikan pembukaan SMK Jengka 6 pada hari Ahad 29 Oktober 1978.
Pada 1 Jun 1976 bangunan sekolah yang terdiri daripada 2 blok (blok A dan B) dan sebuah bengkel Seni Perusahaan dan sebuah kantin mula digunakan sepenuhnya. Ketika itu SMK Jengka 6 hanya menampung 105 pelajar dan 7 orang guru. 3 buah kelas tingkatan 1 telah mula dibuka. Sebelum itu pelajar menumpang di bangunan SRK Jengka 6.
KOD CEA9133
SEKOLAH SMK JENGKA 6
ALAMAT FELDA (LKTP) JENGKA 6
POSKOD 26410
BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
NEGERI PAHANG
LOKASI LUAR BANDAR
SESI PAGI
DAERAH MARAN
PPD [C06] PPD MARAN
NO TELEFON 09 - 47644446
NO FAKS 09 - 47644446
E-MEL smkjengka6@ yahoo.com.my
MOTO SEKOLAH : “Bersama Ke Arah Kecemerlangan”
FOKUS UTAMA
• Program pemantapan kurikulum dan kecemerlangan akademik
• Pengukuhan dan peningkatan profesionalisma keguruan
• Program kecemerlangan sukan dan permainan
• Program kecemerlangan kokuria dan pasukan beruniform
• Program kecemerlangan sahsiah dan jati diri (program bina insan)
• Program peningkatan pengurusan dan pentadbiran sekolah
• Program kebersihan, keselamatan dan keceriaan
• Program permuafakatan sekolah dan masyarakat
• Program pengukuhan semangat patriotisma dan perpaduan nasional
MATLAMAT
• Meningkatkan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan awam
• Meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan kokurikulum
• Mengurangkan salahlaku dan kes disiplin kepada sifar
• Meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru dan kakitangan dalam pengurusan pendidikan
• Mewujudkan keadaan yang selamat, suasana kondusif, ceria dan mesra di sekolah
• Mewujudkan hubungan yang baik dengan komuniti dan masyakat
Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 6
Sekolah Kebangsaan Jengka 6 merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ianya terletak di dalam walayah Jengka Tiga Segi dan di bawah pentadbiran Daerah Maran. Jaraknya ke Maran dan Bandar Jengka ialah 32 km. Luas kawasan 4.04 hektar. Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Maran.
Sekolah ini dibuka pada 02 Januari 1973 dan guru besar pertamanya adalah En. Abd Razak bin Muhammad. Murid-murid sekolah ini sebahagian besarnya adalah terdiri daripada anak peneroka Felda.
Dalam tempoh lima tahun. sekolah ini mendapat empat bilik darjah (Projek Gotong Royong) dan sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang dibina JKP Wilayah Jengka. Bekalan elektrik dibekalkan pada tahun 1988 oleh Lembaga Letrik Negara (TNB).
Terdapat 5 blok bangunan di sekolah ini. Pejabat sekolah terletak di blok A. Pada masa ini seramai 276 orang murid belajar di sekolah ini. 21 orang guru, 3 orang kakitangan kerajaan dan 6 orang pekerja swasta
MISI : MENYEDIAKAN PENGURUSAN DAN,PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR.
Sekolah Agama Rakyat Jengka 6
Sekolah Agama Rakyat telah ditubuhkan pada tahun 1980-an . Pelajar SAR ini adalah dari golongan anak dan cucu peneroka disini . Pembelajaran disini bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 . Sesi pembelajaran bermula dari pukul 2:45 petang sehingga 5.30 petang . SAR ini berdekatan dengan Masjid Al-Wifaq dan memudahkan pelajar untuk solat berjemaah .
Kelas Literasi Keluarga Jengka 6
Kelas Literasi dibawah naungan Jabatan Wilayah dan Felda . Pelajarnya terdiri daripada kana-kanak berusia 3 dan 4 tahun sahaja . Sesi pembelajaran hanya pada hari Isni,Selasa dan Rabu (setiap minggu) . Pelajar didedahkan dengan cara pembelajaran sambil beriadah .
Tadika Kemas Jengka 6
Tabika Kemas adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membekalkan pendidikan awal kanak-kanak.
Yuran bulanan (sumbangan ibu bapa) sini sangat murah disebabkan subsidi kerajaan,hanya sekitar 10% berbanding
dengan tadika swasta.Jumlah pelajar hampir 140 orang. Sesi pembelajaran bermula pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Pelajar berusia dari 4 sehingga 6 tahun.
Pusat Kegiatan Guru Jengka 6
Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
- Pusat Sumber Tempatan (1978)
- Pusat Media Daerah (1981)
- Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.
PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan
Pra Sekolah Jengka 6
Pra Sekolah adalah sama seperti sekolah tadika,sistem pembelajaran juga sama . Pelajarnya terdiri dari kanak-kana berusia 6 tahun sahaja.