Pendidikan

[Artikel Sinar Harian] Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan penguasaan asas membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid. Bagi memastikan usaha ini berjaya, ia turut memerlukan kerjasama ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat.
Cabaran Digital Asia ICDL kembali! Pertama kali diadakan pada tahun 2017, pertandingan pelajar ini telah menarik penyertaan lebih daripada 29,000 pelajar dan 500 sekolah dari 18 negara di seluruh rantau Asia Pasifik. Kami gembira untuk mengumumkan bahawa bermula tahun ini, pertandingan ini juga terbuka kepada pelajar Rendah, selain daripada kategori Menengah dan Pengajian Tinggi biasa.
 
ICDL - Pensijilan Antarabangsa Literasi Digital - adalah pensijilan kemahiran digital terkemuka di dunia. Sejak tahun 1996, lebih daripada 17 juta calon telah menamatkan program ICDL di 100+ negara. Dengan integrasi teknologi digital yang terus berkembang dalam kehidupan seharian kita, adalah penting bahawa pelajar memperoleh kemahiran digital yang relevan untuk produktiviti dan kebolehpasaran.
 
Cabaran Digital Asia ICDL ditujukan kepada kemahiran digital praktikal, relevan dengan masa pelajar di sekolah, serta dalam melanjutkan pelajaran dan kerja masa depan mereka. Dengan penekanan kepada ekonomi digital global, pertandingan ini akan mendedahkan peserta kepada teknologi baru muncul, reka bentuk, dan penggunaan alat aplikasi pejabat asas.
 
Untuk lebih maklumat boleh dapatkan di laman web mereka,
 
 
  1. Pendaftaran boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Pendaftaran melalui https://shorturl.at/auEP7 atau Kod QR di bawah:
Bermula Sesi Persekolahan 2024/2025, aktiviti penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan diperluaskan di semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Inisiatif yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan KPM yang beragama Islam.
Setakat ini, ia telah dilaksanakan di 61 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 185 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Menengah dan 43 SABK Rendah melibatkan seramai 12,673 orang guru dan 120,489 orang murid menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.
Inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi juga tersenarai dalam Pembangunan Pelan Strategik KPM Bagi Tempoh 2024-2030.
Inisiatif ini adalah cerminan komitmen besar KPM untuk memartabatkan syiar Islam dan dalam masa yang sama melahirkan modal insan yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 6 telah dibina dan siap pada 2 April 1976.Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al Mus’tain Bilah Ibnu Al Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Mu’adzam Shah telah mencemar duli merasmikan pembukaan SMK Jengka 6 pada hari Ahad 29 Oktober 1978.

Pada 1 Jun 1976 bangunan sekolah yang terdiri daripada 2 blok (blok A dan B) dan sebuah bengkel Seni Perusahaan dan sebuah kantin mula digunakan sepenuhnya. Ketika itu SMK Jengka 6 hanya menampung 105 pelajar dan 7 orang guru. 3 buah kelas tingkatan 1 telah mula dibuka. Sebelum itu pelajar menumpang di bangunan SRK Jengka 6.

 

KOD CEA9133

SEKOLAH SMK JENGKA 6

ALAMAT FELDA (LKTP) JENGKA 6

POSKOD 26410

BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

NEGERI PAHANG

LOKASI LUAR BANDAR

SESI PAGI

DAERAH MARAN

PPD [C06] PPD MARAN

NO TELEFON 09 - 47644446

NO FAKS 09 - 47644446

E-MEL smkjengka6@ yahoo.com.my

MOTO SEKOLAH : “Bersama Ke Arah Kecemerlangan”

 

FOKUS UTAMA

• Program pemantapan kurikulum dan kecemerlangan akademik

• Pengukuhan dan peningkatan profesionalisma keguruan

• Program kecemerlangan sukan dan permainan

• Program kecemerlangan kokuria dan pasukan beruniform

• Program kecemerlangan sahsiah dan jati diri (program bina insan)

• Program peningkatan pengurusan dan pentadbiran sekolah

• Program kebersihan, keselamatan dan keceriaan

• Program permuafakatan sekolah dan masyarakat

• Program pengukuhan semangat patriotisma dan perpaduan nasional

 

MATLAMAT

• Meningkatkan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan awam

• Meningkatkan penglibatan dan pencapaian pelajar dalam kegiatan kokurikulum

• Mengurangkan salahlaku dan kes disiplin kepada sifar

• Meningkatkan kecekapan dan kemahiran guru dan kakitangan dalam pengurusan pendidikan

• Mewujudkan keadaan yang selamat, suasana kondusif, ceria dan mesra di sekolah

• Mewujudkan hubungan yang baik dengan komuniti dan masyakat


 

Sekolah Kebangsaan (LKTP)  Jengka 6

 

Sekolah Kebangsaan Jengka 6 merupakan sebuah sekolah luar bandar. Ianya terletak di dalam walayah Jengka Tiga Segi dan di bawah pentadbiran Daerah Maran. Jaraknya ke Maran dan Bandar Jengka ialah 32 km. Luas kawasan 4.04 hektar. Sekolah ini terletak di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Maran. 

Sekolah ini dibuka pada 02 Januari 1973 dan guru besar pertamanya adalah En. Abd Razak bin Muhammad. Murid-murid sekolah ini sebahagian besarnya adalah terdiri daripada anak peneroka Felda.

Dalam tempoh lima tahun. sekolah ini mendapat empat bilik darjah (Projek Gotong Royong) dan sebuah Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang dibina JKP Wilayah Jengka. Bekalan elektrik dibekalkan pada tahun 1988 oleh Lembaga Letrik Negara (TNB).

Terdapat 5 blok bangunan di sekolah ini. Pejabat sekolah terletak di blok A. Pada masa ini seramai 276 orang murid belajar di sekolah ini. 21 orang guru, 3 orang kakitangan kerajaan dan 6 orang pekerja swasta

MISI : MENYEDIAKAN PENGURUSAN DAN,PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MENGEMBANGKAN POTENSI PELAJAR.


 

Sekolah Agama Rakyat Jengka 6

Sekolah Agama Rakyat telah  ditubuhkan pada tahun 1980-an . Pelajar SAR ini adalah dari golongan anak dan cucu peneroka disini . Pembelajaran disini bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 . Sesi pembelajaran bermula dari pukul 2:45 petang sehingga 5.30 petang . SAR ini berdekatan dengan Masjid Al-Wifaq dan memudahkan pelajar untuk solat berjemaah .


 

Kelas Literasi Keluarga Jengka 6

 

 Kelas Literasi dibawah naungan Jabatan Wilayah dan Felda . Pelajarnya terdiri daripada kana-kanak berusia 3 dan 4 tahun sahaja . Sesi   pembelajaran hanya pada hari Isni,Selasa dan Rabu (setiap minggu) . Pelajar didedahkan dengan cara pembelajaran sambil beriadah .


 

Tadika Kemas Jengka 6 

Tabika Kemas adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membekalkan pendidikan awal kanak-kanak.
Yuran bulanan (sumbangan ibu bapa) sini sangat murah disebabkan subsidi kerajaan,hanya sekitar 10% berbanding

dengan tadika swasta.Jumlah pelajar hampir 140 orang. Sesi pembelajaran bermula pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari.
Pelajar berusia dari 4 sehingga 6 tahun.


 

Pusat Kegiatan Guru Jengka 6

Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.

Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :

  • Pusat Sumber Tempatan (1978)
  • Pusat Media Daerah (1981)
  • Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)

Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.

PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan


 

Pra Sekolah Jengka 6

 Pra Sekolah adalah sama seperti sekolah tadika,sistem pembelajaran juga sama . Pelajarnya terdiri dari kanak-kana berusia 6 tahun sahaja.