(NADI X E-SPORTS) - Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan
(E-Sukan sebagai Peluang Kerjaya)
Kelas kesedaran ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada potensi e-sukan sebagai bidang kerjaya yang sentiasa berkembang. Di samping itu, kelas ini juga bertujuan untuk membuka minda peserta kepada peluang yang ada dalam industri e-sukan, serta memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam tentang cabang kerjaya yang berkaitan dengan e-sukan.
Peserta akan mendengar podcast yang disediakan oleh NADI Malaysia yang membincangkan topik berkaitan e-sukan, termasuk peluang kerjaya, perkembangan industri, serta pengalaman profesional dan pandangan dalam bidang tersebut. Antara impak positifnya ialah mempelajari lebih lanjut tentang kerjaya dalam e-sukan, peserta akan lebih bersedia untuk merancang langkah seterusnya dalam mengejar minat dan bakat mereka dalam bidang tersebut.
Peserta akan menyedari bahawa e-sukan bukan sahaja tentang bermain permainan video, tetapi ia juga merangkumi banyak bidang seperti pengurusan, pemasaran, penganjuran acara, penstriman dan banyak lagi. Dengan berakhirnya episod pertama kelas kesedaran ini, semoga peserta dapat melihat e-sukan bukan sahaja sebagai satu bentuk hiburan, tetapi juga sebagai bidang serius yang penuh dengan peluang kerjaya.