Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN - Ice Cream Homemade & DMS 

 Nama :  Zuranilah Bt Zulkifli
 Umur :  25 Tahun 
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

Pn.Zura merupakan suri rumah sepenuh masa. Disamping itu, beliau juga menjalankan perniagaan ice cream dan produk DMS secara sambilan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum terlibat dengan PI1M, Pn.Zura hanya menjual ice creamnya kepada pelajar-pelajar sekolah pada waktu petang sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sekadar Rm500-Rm800 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mendapat latihan keusahawanan dan bimbingan daripada petugas PI1M Felda Jengka 6, beliau kini telah berjaya meningkatkan hasil jualan dan permintaan terhadap ice cream beliau juga meningkat. Kini, beliau juga turut memenuhi permintaan pelanggan menjamu ice cream untuk majlis-majlis tertentu. Pendapatan beliau juga telah bertambah kepada Rm3000-Rm5000 sebulan.

 

 

 

KEUSAHAWANAN - Ternakan Ayam Kampung & Dedak 

 Nama :  Nik Azhar Bin Nik Aziz
 Umur :  31 Tahun 
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

En.Nik Azhar telah mula menternak dan menjual anak ayam kampung asli secara kecil-kesilan sejak tahun 2015 di sekitar kawasan Jengka. Kini beliau mula menjual dan menjadi pembekal dedak kepada penternak-penternak ungas terutama ayam kampung di sekitar kawasan Jengka dan Jerantut, Pahang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, En.Nik Azhar hanya menjual hasil pengeluaran anak ayam kampungnya kepada pengusaha-pengusaha kedai unggas di sekitar Jengka sahaja. Pendapatan bulanan beliau juga hanya sekadar Rm200 – Rm300 sebulan sahaja.Terkini beliau juga turut menjual dedak ayam .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah berjaya mendapatkan bantuan bank bagi membesarkan lagi projek ternakan beliau. Kini, beliau berjaya menambah jumlah pengeluaran anak ayam dan permintaan terhadap anak ayam kampung asli dan juga jualan dedak semakin meningkat hasil promosi secara online.

 

 

CELIK IT  - Norhizah Bt Muhamad Nor

 Nama :  Norhizah Bt Muhamad Nor
 Umur :  52 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Pn.Norhizah merupakan suri rumah sepenuh masa juga memegang jawatan sebagai bendahari KRT Felda Jengka 6 dan juga Setiausaha GPW Felda Jengka 6

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebagai seorang bendahari KRT, Pn.Norhizah perlu membuat laporan kewangan KRT pada setiap bulan. Sebelum terlibat dengan PI1M, Pn.Norhizah terpaksa membuat laporan kawangan secara manual dan meminta tolong setiausaha KRT atau kerani Felda untuk menaip laporan tersebut kedalam bentuk word setiap bulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas menaip  dan Microsoft Word yang dijalankan oleh PI1M, beliau berjaya membuat laporang kewangan dengan sendiri. Beliau kini tidak perlu meminta bantuan sesiapa untuk membuat laporan kewangan KRT. Proses mencetak dan fotokopi juga boleh dilakukan terus di PI1M.

KEUSAHAWANAN - Gerai Makanan 

 Nama :  Farizan Bt Pauzee
 Umur :  43 Tahun
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

Pn.Farizan merupakan satu-satunya peniaga yang membuka gerai menjual makanan goreng dan minuman untuk minum petang di kawasan Felda Jengka 6. Pelbagai jenis minuman dan makanan yang dijual antaranya keropok,goreng pisang, karipap, roti sosej, dan sebagainya memdapat sambutan yang baik daripada penduduk sekitar Felda Jengka 6.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan berniaga di gerai pada setiap hari, pendapatan beliau hanya sekitar RM2500 hingga RM3000 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah mempunyai idea perniagaan yang baharu iaitu roti homemade. Kini, selain berniaga di gerai pada setiap hari, beliau juga menerima tempahan pelbagai jenis roti yang dibuat fresh untuk pelanggan. Selain daripada itu, beliau juga menjual pakaian secara online pada masa-masa terluang. Pelanggan-pelanggan beliau juga telah bertambah dan telah meningkatkan pendapatan beliau sehingga RM7000 sebulan.

 

 

KEUSAHAWANAN - Roti Homemade & Barangan Kosmetik

 Nama :  Rosliza Bt Othman
 Umur :  35 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Pn.Rosliza merupakan suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan secara sambilan bagi menambah pendapatan keluarga. Disamping menjual barangan-barangan kosmetik, Pn.Rosliza juga menerima tempahan membuat roti dan kek.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menggunakan kelebihan ICT yang ada, Pn.Rosliza hanya menjual produk beliau melalui rumah ke rumah dan kepada kawan-kawan terdekat sahaja.pendapatan yang diperolehi juga tidak begitu menggalakkan iaitu sekitar RM250-RM400 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau telah mula mempromosikan produk beliau di dalam laman facebook dan wassapp massenger. Ternyata promosi beliau berjaya menarik minat lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia. Permintaan terhadap roti-roti buatan beliau juga bertambah. Pendapatan beliau telah meningkat kepada lebih dari RM1000 sebulan.

 

 

CELIK IT - Pelajar Sek Ren 

 Nama : 

1)Nur Ariesha Sofea Bt Abu Bakar

2)Siti Nur Aisyah Bt Mohd Husani

3)Ruzila Binti Rahimi

4)Nur Najwa Bt Shamsuri

5)Putri Aliya Natasha

 Umur :  12 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Merupakan pelajar-pelajar Tahun 6  Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 6.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selalu menyiapkan kerja khusus sekolah menggunakan cara tradisional dengan menulis tangan dan menampal gambar-gambar di atas kertas sahaja. Proses mencari bahan rujukan juga terhad kepada buku-buku teks sekolah dan buku rujukan sahaja yang menjadikan kerja khusus yang dihasilkan lambat disiapkan dan tidak menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah mengikuti kelas asas internet dan Microsoft Word yang dijalankan oleh PI1M, mereka telah berupaya membuat kerja khusus sekolah dengan lebih tersusun dan menarik. Proses mencari bahan rujukan juga menjadi mudah dan praktikal dengan menggunakan enjin carian google. Kini mereka dapat menyiapka kerja khusus sekolah dengan cepat dan menarik dengan gambar-gambar bewarna.

 

KEUSAHAWANAN - Stokis MAMADIL 

 Nama :  Sofiah Bt Said
 Umur :  39 Tahun 
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

Puan sofiah telah menjalankan perniagaan produk MAMADIL sejak 3 tahun yang lepas. Bermula sebagai agen kecil-kecilan, dan hanya tertumpu kepada 1 jenis produk sahaja iaitu susu Rizqi daripada MAMADIL. Produk yeng dijual adalah kepada saudara-mara dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300-RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sebanya 15-30 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau juga telah bertambah dan terdiri daripada pelanggan  dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Kini, Puan Sofiah juga telah menambah produk jualan beliau mengikut permintaan pelanggan. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.

 

 

KEUSAHAWANAN - Ternakan Anak Ayam Kampung  

 Nama :  Nik Azhar Bin Nik Aziz 
 Umur :  30 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

En. Nik Azhar telah memulakan ternakan anak ayam kampung asli selama 2 tahun yang lalu. Beliau telah menjual anak ayam kampungnya di kedai-kedai haiwan ternakan sekitar Jengka sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sebulan. Jumlah anak ayam yang dihasilkan juga adalah sekitar 200 ekor sebulan. Pelanggan bulanan adalah terdiri daripada 3 buah kedai haiwan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau juga terdiri daripada seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk ternakan beliau melalui facebook page tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.

 

KEUSAHAWANAN - Bekam & Minyak Herba

 Nama :  Siti Salma Bt Kassim 
 Umur :  30 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Cik Siti Salma, merupakan salah seorang petugas PI1M dan menjalankan perkhidmatan bekam Sunnah dan urutan tradisional sejak awal tahun 2016. Beliau juga sedang berjinak-jinak dalam menghasilkan produk rawatan tradisional sendiri iaitu minyak anti-stress dan ubatan tradisional berasaskan herba dan akar kayu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan bekam beliau melalui mulut kemulut dan aplikasi wassap sahaja. Pelanggan beliau hanya terdiri daripada penduduk sekitar Felda Jengka 6 sahaja. Pendapatan melalui hasil perkhidmatan beliau juga hanya sekadar Rm250-Rm300 sebulan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas mendapatkan latihan asas keusahawanan didalam modul INTEL yang diberikan oleh Pengurus beliau, beliau kini telah mempunyai idea perniagaan sendiri dimana beliau telah berupaya untuk mencipta logo perniagaan dan membuat promosi di laman facebook  dengan lebih giat lagi. Beliau juga telah berjaya memiliki sijil bekam .

 

 

KEUSAHAWANAN - Ice-Cream Homemade

 Nama :  Siti Nazirah Bt Abu Bakar
 Umur :  29 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Pn. Nazirah telah menjual kain tudung dan perfume sejak dari tahun 2015 lagi. Beliau menjalankan perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan untuk membantu keluarga. Bermula tahun ini, beliau mula menghasilkan produk sendiri iaitu aiskrim dan dijual kepada kanak-kanak di hadapan sekolah dan taman permainan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau melalui hasil perniagaan sahaja hanya  sekitar Rm300 – Rm500 sahaja sebulan. Jumlah produk yang terjual dan jumlah pelanggan juga tidak begitu memberansangkan iaitu sebanyak 20-30 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah mempunyai idea untuk mempromosikan barangan jualan di facebook dan aplikasi wassapp. Kini, beliau telah mempunyai pelanggan dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui barangan jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000-Rm3000 sebulan.

 

 

CELIT IT - Che Azmah Binti Yahya

 Nama :  Che Azmah Binti Yahya
 Umur :  51 Tahun 
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

Puan Azmah adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Berumur 51 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Beliau merupakan anak peneroka Felda Jengka 6 dan telah menetap di Felda Jengka 6 selama 9 tahun sejak 2007.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Buta IT dan tidak tahu menggunakan teknologi terkini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Azmah mula mengunjungi Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jengka 6 selepas mendapat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Tujuan beliau  adalah untuk membuat surat rayuan mengerjakan haji untuk suami kerana beliau memerlukan mahram untuk mengerjakan ibadah haji tersebut. Setelah mendapat tunjuk ajar daripada petugas PI1M, beliau boleh menaip menggunakan computer dan membuat surat sendiri. Pn.Azmah juga sedar akan kepentingan internet dalam kehidupan pada masa kini kerana ianya telah memudahkan beliau menghantar emel surat rayuan ke pejabat HQ tabung haji dengan cepat dan mudah sekali. Ternyata internet sangat memudahkan urusan beliau. Pn.Azmah mula mempelajari serba sedikit cara penggunaan internet dalam kehidupan seharian. Beliau telah membeli sebuah telefon pintar untuk memudahkan beliau mendapatkan capaian internet dan boleh dibawa kemana sahaja. Beliau juga mula belajar  menggunakan aplikasi wassapp massanger kerana ianya mudah digunakan dan mesra pengguna. Dengan aplikasi ini, beliau dapat berhubung dengan anak-anak dan menghantar gambar kepada mereka ketika berada di tanah suci Mekah. Selain daripada itu, beliau juga dapat membuat pangilan telefon kepada keluarga di Malaysia dengan mudah menggunakan aplikasi ini.

 

KEUSAHAWANAN - Roti Homemade & Kelas Membuat Roti

 Nama :  Hayusnita Bt Che Hassan
 Umur :  43 Tahun 
 Ahli    : 2017

 

Latar Belakang :

Usahawan yang menjalankan perniagaan roti dan juga menjalankan perkhidmatan kelas latihan asas membuat roti di sekitar Jengka dan Bandar Jengka. Beliau juga turut menjalankan kelas membuat kek span dan nasi arab kabsah sebagai tambahan. Kelas yang dianjurkan dibawah nama “Aznita Homemade” telah banyak melahirkan usahawan-usahawan roti dan bun di sekitar Jengka.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Hasil dari jualan sendiri dan di kantin sekolah, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumla produk bulanan beliau pula adalah sebanyak 1500 biji roti sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook dan facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk dan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut telah bertambah. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000 sebulan hasil jualan dan kelas yang dianjurkan beliau.

 

 

KEUSAHAWANAN - Kek & Brownies 

 Nama : Siti Aisyah Bt Ariffin 
 Umur :  28 Tahun 
 Ahli    : 2016

 

Latar Belakang :

Pn. Aisyah menerima tempahan dan menjalankan perniagaan secara atas talian. Menggunakan sistem penghataran secara “Cash On Delivery (C.O.D)”, setiap tempahan pelanggan dihantar sendiri oleh beliau. Kebanyakan pelanggan beliau terdiri daripada penduduk sekitar Felda Jengka 6 dan Temerloh.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM700 sahaja sebulan. Manakala jumlah pelanggan bulanan beliau adalah sebanyak 3  ke 5 orang sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kek dan brownies beliau. Pelanggan beliau juga telah bertambah kerana dengan adanya facebook, Pn. Aisyah dapat memperkenalkan hasil tangan beliau kepada lebih ramai rakan-rakan yang lain. Pendapatan beliau kini telah mencecah RM2000 – RM3000 sebulan kerana bertambahnya tempahan kek beliau setiap bulan.

 

 

 

CELIT IT - En. Ibrahim Bin Deraman

 Nama : Ibrahim Bin Deraman 
 Umur :  60 Tahun 
 Ahli    : 2015

 

Latar Belakang :

Pak cik Ibrahim merupakan seorang warga emas yang berdedikasi untuk memajukan diri dalam bidang internet dan teknologi. Berkebolehan menggunakan komputer dan mudah menerima perkembangan teknologi masa kini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan PI1M, Pak Cik Ibrahim hanya menggunakan internet untuk tujuan aplikasi wassap dan facebook sahaja. Beliau juga tidak mengetahui bagaimana cara untuk memindahkan gambar-gambar di dalam telefon pintarnya ke dalam komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas hadir ke pusat internet, banyak perkara baru yang telah dipelajari beliau. Antaranya adalah menggunakan enjin carian Google dan cara memindahkan gambar melalui telefon ke komputer menggunakan aplikasi Microsoft OneDrive. Memandangkan telefon beliau tidak menyokong pemindahan file/gambar melalui sambungan USB, maka petugas telah mengajar beliau untuk memindahkan gambar-gambar di dalam telefon beliau menggunakan aplikasi OneDrive. Secara tidak langsung, telah mendedahkan Pak Cik Ibrahim kepada salah satu aplikasi baru yang dapat memudahkan beliau pada masa akan datang.