Kisah Kejayaan

Nama : Nik Amirul Bin Nik Aziz

Umur : 24 tahun

Ahli : 2021

 

Latar belakang

 

En.Nik Amirul merupakan generasi ke 3 di Felda Jengka 6. Berkerja secara tetap sebagai pembantu makmal di kilang sawit Felda. Sebagai sumber pendapatan tambahan, beliau menjalankan pertanian cili bara secara kecil-kecilan di halaman belakang rumah orang tuanya. Selain itu, Nik Amirul juga turut menjalankan perniagaan atas talian seperti jual beli jam berjenama G-Shok serta perkhidmatan membaiki jam tangan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum terlibat dengan Pusat Internet perniagaan cili bara Nik Amirul hanya tertumpu di kawasan sekitar Felda Jengka 6. Beliau hanya menjual cili keluarannya kepada beberapa kedai barangan basah di Felda Jengka 6. Pendapatan beliau juga hanya sekadar RM200 – Rm300 sebulan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan Pusat Internet, beliau mula mendapat pendedahan tentang medium pemasaran online dan peluang keusahawanan yang telah pihak kerajaan sediakan. Nik Amirul terus mengaplikasi apa yang telah dipelajarinya. Kini beliau sangat aktif menggunakan medium pemasaran online untuk memasarkan produk dan perkhidmatannya. Kini, perniagaannya telah dikenali ramai dan pendapatan beliau juga semakin meningkat sehinggan mencecah 4 angka sebulan.

 

3   4

 

Nama : Muhammad Anwariezman Bin Bostamin

Umur : 13 tahun

Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Adik Anwariezman merupakan anak peneroka dan menuntut di sekolah Menengah Felda Jengka 6. Merupakan anak bongsu dari 9 adik beradik. Selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk mengikuti latihan komputer dan juga membuat carian bahan untuk tugasan sekolah sejak di sekolah rendah lagi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum terlibat dengan PIK beliau agak kekok menggunakan komputer dan tidak tahu cara menggunakan internet dengan betul.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas di Pusat Internet, adik Anwariezman telah mampu untuk menggunakan perisian Microsoft office dan internet dengan betul. Beliau juga berjaya menyiapkan kerja sekolah dengan lebih kemas dan sempurna dengan perkhidmatan di Pusat Internet Komuniti.

 

1   2

Nama : Mohd Rabil Khoyum Bin Rasyid

Umur : 33 tahun

Ahli : 2020

 

Latar belakang

 

En.Khoyum merupakan anak kepada peneroka Felda Jengka 6. Menjadikan bidang ternakan lembu dan kambing sebagai salah satu cabang pendapatan disamping mengerjakan ladang sawit milik bapanya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT, En.Khoyum hanya menternak lembu secara kecil-kecilan di dalam ladang milik bapanya. Jualan lembu pula hanya tertumpu pada musim perayaan sahaja dengan jumlah pendapatan sebanyak Rm4,000 – Rm6,000 sahaja satu pusingan jualan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau kini telah telah menjadikan facebook sendiri sebagai medium utama bagi mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang mana mereka mengetahui hasil ternakan beliau melalui facebook tersebut. Kini, En.Khoyum juga telah membuka ladang ternakan sendiri di dalam Felda jengka 6 untuk memudahkan para pelanggan beliau mendapatkan hasil ternakan. Selain daripada lembu, en.Khoyum juga menternak kambing di dalam kawasan kandang tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM10,000 – RM15,000 sepusingan jualan.

Nama : Suhaya Bt Mamat

Umur : 42 Tahun

Ahli : 2015

 

Latar Belakang

Puan Suhaya merupakan suri rumahtangga dan dalam waktu yang sama memegang jawatan sebagai setiausaha kepada badan KRT di dalam Felda Jengka 6.

 

Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebagai setiausaha kelab, puan Suhaya perlu menyediakan minit mesyuarat setiap bulan atau setiap kali selepas mesyuarat dijalankan. Dengan kemahiran menggunakan komputer yang terhad, agak sukar bagi beliau untuk menyiapkan minit-minit mesyuarat yang diberikan. Justeru itu, Puan Suhaya selalu mengunjungi Pusat Internet Komuniti Felda Jengka 6 untuk mendapatkan tunjuk ajar tentang cara-cara menggunakan perisian Microsoft office Word bagi melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai setiausaha persatuan.

 

Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas beberapa kali mengikuti kelas di Pusat Internet, Puan Suhaya telah mampu untuk menggunakan perisian Ms Word dengan sendiri. Kerja-kerja menaip minit mesyuarat beliau juga dapat disiapkan dengan mudah dan sempurna.

 

IMG 20201117 122250 resized 20201121 095235323 IMG 20201117 111749 resized 20201121 095235567 

Nama : Ahmad Shukri Bin Ismail

Umur : 45 tahun

Ahli : 2016

 

Latar belakang

 

En.Shukri merupakan anak kepada peneroka Felda Jengka 6. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Kuala Lumpur dan menetap di kampung bermula tahun 2016. Dengan kepakaran yang ada, beliau mula mengambil upah sebagai pereka sticker dan flyers produk bagi usahawan setempat. Disamping itu, en.shukri juga turut menerima tempahan sebagai jurugambar bagi majlis-majlis perkahwinan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT, En.Shukri hanya menerima tempahan dari penduduk sekitar Felda Jengka 6 sahaja. Jumlah pendapatan beliau pula hanya sekadarRm300 – Rm700 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau kini telah menggunakan medium online seperti facebook bagi mempromosikan dan menawarkan kepakaran beliau. Pelanggan beliau juga semakin bertambah yang mana mereka mengetahui hasil kerja beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau juga semakin bertambah mencecah RM1000 – RM2000 sebulan.