Kisah Kejayaan
Nama : Nur Izzah Binti Sidi Ahmad
Umur : 12 Tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Adik Izzah merupakan cucu kepada peneroka Felda Jengka 6. Menetap dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Jengka 6.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau hanya mendapat pengetahuan mengenai ICT melaluai guru-guru di sekolah sahaja. Belajar mengenai asas dan teori ICT di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Mula melibatkan diri dengan Pusat Internet dan mengikuti kelas latihan di PI pada setiap hari minggu dan pada cuti penggal persekolahan. Setelah mengikuti latihan ICT yang diajar oleh petugas PI, ternyata beliau mampu menggunakan komputer dan internet dengan baik. Beliau juga sudah mampu menggunakan perisian Microsoft office dengan sempurna.
KEUSAHAWANAN – Dropship Nurraysa
Nama : Roshidah Binti Ismail |
Umur : 35Tahun |
Pekerjaan : Surirumah |
Pendidikan : SPM |
Ahli : 2019 |
Latar Belakang :
Puan Shida merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau menjadikan perniagaan ini adalah sumber pendapatan yang kedua bagi keluarganya .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ict, beliau hanya memasarkan produk secara offline dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk dan pelanggan bulanan beliau juga tidak begitu memberansangkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau mula mempromosikan makanan belaiu memalalui media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp group. Dengan menyediakan perkhidmatan COD disekitar kawasan Jengka,Maran,Temerloh dan juga Kuantan. Permintaan terhadap perkhidmatan beliau kini telah bertambah bukan sahaja di kalangan penduduk sekitar,malah diluar dari jengka sendiri. Pendapatan bulanan beliau kini telah mencecah RM400 – RM800 sebulan.
Apakah yang telah Dipelajari Melalui PI
PI banyak membantu beliau melalui kelas usahawan termasuk dashboard komuniti . Antaranya My Shop yang dianjurkan oleh piha PI.
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PI membantu beliau melalui kelas My Shop dan juga kelas media sosial .
Usahawan Gerai Masakan Panas
Nama : Zuranilah Bt Zulkifli |
Umur : 28 Tahun |
Pekerjaan : Suri Rumah |
Pendidikan : SPM |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Pn.Zuranilah merupakan isteri kepada anak peneroka Felda Jengka 6. Seorang suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan masakan panas di dalam Felda Jengka 6.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dengan PI, puan Zuranillah hanya membuka kedai dan menjual seperti kebanyakan kedai makan biasa pada sebelah petang sehingga malam. Pendapatan harian beliau juga tidak menentu bergantung kepada jumlah pelanggan yang hadir ke kedai beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, minda Pn.Zura semakin terbuka luas yang mana perniagaan kedai makan bukan hanya tertumpu kepada jualan dikedai sahaja malahan boleh di “online” kan juga. Bermula dari situ Pn.Zura telah mengambil langkah proaktif dengan mempromosikan kedai dan masakan beliau melalui medium online seperti facebook dan juga whatapps group. Beliau juga ada menawarkan perkhidmatan COD kepada pelanggan sekitar. Kini, kedai beliau lebih dikenali dan permintaan makanan COD juga semakin bertambah. Pendapatan beliaau dari Rm200 sebulan kini mencecah sehinggan Rm800 – Rm2000 sebulan.
Usahawan Ternakan Ayam Kampung
Nama : Nik Azhar Nik Aziz |
Umur : 34 Tahun |
Pekerjaan : Pekerja Swasta |
Pendidikan : Diploma |
Ahli : 2017 |
Latar Belakang :
En.Nik Azhar merupakan cucu peneroka di Felda Jengka 6. Berkerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat swasta yang bertempat di Jerantut, Pahang. Menjadikan bidang penternakan anak ayam kampung sebagai salah satu cabang pendapatan bermula pada tahun 2015.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT, En. Nik Azhar hanya menjual anak ayam kampung di kedai-kedai ternakan haiwan di kawasan jengka dan sekitarnya. Permintaan terhadap anak ayam tidaklan memberangsangkan dan pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah jualan hanya tertumpu kepada 3-5 buah kedai haiwan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Jengka 6, beliau kini telah memiliki facebook page sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui hasil ternakan beliau melalui facebook page tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM5000 sebulan.
Celik IT, Ain Nur Hidayah
Nama : Ain Nur Hidayah |
Umur : 11 Tahun |
Ahli : 2016 |
Latar Belakang :
Adik Nur Hidayah merupakan cucu kepada peneroka Felda Jengka 6. Adik Nur Hidayah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Jengka 6 pada tahun 2016 kerana tertarik dengan perkhidmatan dan latihan IT yang disediakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet, beliau hanya mendapat pengetahuan mengenai ICT melaluai guru-guru di sekolah sahaja. Belajar mengenai asas dan teori ICT di sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau mula melibatkan diri dengan Pusat Internet dan mengikuti kelas latihan di PI pada setiap hari minggu dan pada cuti penggal persekolahan. Setelah mengikuti latihan ICT yang diajar oleh petugas PI, ternyata beliau mampu menggunakan komputer dan internet dengan baik. Beliau juga sudah mampu menggunakan perisian Microsoft office dengan sempurna.