Kisah Kejayaan
Nama : Muhammad Adam Bin Muhd Nizam
Umur : 11 tahun
Ahli : 2018
Latar belakang
Adik Adam berusia 11 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Adam mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 6 sejak bulan Januari 2023 yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Adam hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Adam juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Adam tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 6 adik Adam sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Adam sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Adam juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Adam juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran.
Nama : Muhammad Ekram Haizat Bin Hassan
Umur : 12 tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Adik Ekram berusia 11 tahun dan pengetahuannya berkaitan bidang ICT masih di peringkat awal. Adik Ekram mula mengikuti kelas literasi komputer di PEDi Felda Jengka 6 sejak bulan Januari 2022 yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum menghadiri kelas ICT di PEDi, adik Ekram hanya pandai menggunakan aplikasi Youtube dan permainan game di telefon pintar sahaja. Adik Ekram juga menghabiskan masa lapangnya dengan bermain di taman permainan dan menaiki motosikal untuk bersiar-siar di sekitar kampung. Adik Ekram tidak mempunyai pengetahuan asas tentang penggunaan komputer dan kurang mahir untuk menggunakan papan kekunci.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sejak mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Jengka 6 adik Ekram sudah mahir menggunakan komputer. Kini adik Ekram sudah boleh membuat slide di Powerpoint tanpa pemantauan yang berterusan oleh petugas. Adik Ekram juga sudah mahir menaip menggunakan papan kekunci. Selain daripada belajar berkaitan asas Microsoft Office dan asas komputer, adik Ekram juga mengulangkaji pelajaran di PEDi dengan melayari laman web pembelajaran.
Nama : Roshidah Binti Ismail
Umur : 38 tahun
Ahli : 2019
Latar belakang
Puan Syida mula terlibat dengan peniagaan online sejak tahun 2019. Puan Syida merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan online untuk mencari pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban kewangan suaminya. Puan Syida bermula dengan produk kecantikan seperti scrub,jamu dan set kecantikan kulit.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Syida hanya mempromosikan produknya melalui whatsapp group dan pengumuman di Facebook sebelum beliau terlibat dengan PEDi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Puan Syida mula mengatur strategi baru untuk memasarkan produk jualannya melalui Facebook Page nya sendiri. Puan Syida juga memasukkan produk jualannya ke dalam laman Shoppee. Kini produk jualannya mendapat sambutan ramai. Puan Syida menerima lebih 20 tempahan secara online dalam masa seminggu. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 sebulan.
Nama : Mohamad Ikhmal Bin Ismail
Umur : 23 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Encik Ikmal merupakan seorang ahli perniagaan secara kecil – kecilan sahaja. Beliau merupakan seorang tukang gunting rambut. Encik Ikmal memang seorang yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk maju dalam dunia perniagaan. Encik Ikmal membuat pinjaman daripada Amanah Ikhtiar sebagai modal permulaan untuk perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Encik Ikmal banyak melibatkan diri dalam pelbagai kursus hairstylist untuk memantapkan lagi kemahirannya. Beliau memulakan perniagaannya dengan mengambil tempahan daripada rakan-rakan terdekat. Sebelum penggunaan ICT pelanggan yang meggunakan perkhidmatan gunting rambutnya hanyalah penduduk didalam kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Encik Ikmal mula menggunakan kemudahan ICT untuk mencari style rambut yang terkini yang terdapat di internet bagi menambahkan kepelbagaian penggayaan rambut yang boleh beliau gayakan untuk pelanggannya. Beliau mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan perkhidmatannya secara atas talian. Encik Ikmal telah berjaya membuka kedai di simpang utama Felda Jengka 6 dan telah mendapat lebih pelanggan terutama pada musim perayaan.
Nama : Siti Sara Bt Mat Sarip
Umur : 41 Tahun
Ahli : 2015
Latar belakang
Puan Sara mengusahakan perniagaan char kuey teow bersama suami sejak tahun 2016
lagi. Bertapak di dalam Felda Jengka 6 dan memilih masakan char kuey teow sebagai
manu utama kedai mereka. Disamping itu, turut menjual pelbagai menu masakan panas
yang lain sesuai dengan selera para pelanggan mereka.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan Pusat Internet perniagaan char kuey teow Puan Sara dan suami
hanya sekadar berniaga secara kecil-kecilan membuka gerai di hadapan rumah.
Pendapatan mereka ketika itu hanya sekadar RM300 – RM400 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas terlibat dengan Pusat Internet, mereka mula mendapat pendedahan tentang cara pemasaran perniagaan masa kini. Puan Sara dan suami terus mengaplikasi apa yang telah dipelajari mereka seperti iklan dan menu bergambar di medium pemasaran online “whatsapp group” dan “Facebook”. Mereka juga turut menawarkan perkhidmatan tempahan makanan atas talian dan penghantaran makanan di dalam Felda Jengka 6 dan kawasan sekitar. Hasil dari usaha mereka, perniagaan mereka lebih dikenali dan mendapat tempat di hati komuniti di Felda Jengka 6. Gerai mereka juga kini lebih besar dengan jumlah meja dan kerusi yang lebih banyak untuk menampung jumlah pelanggan mereka yang semakin bertambah. Kini, pendapatan mereka telah meningkat sehingga RM1000 – RM2000 sebulan.